![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJgqvxxqRWYr1nTOx4b5_iCLd4aYUOJVinPhQPYK0hjtIEcLcX4mJl_8TtkgrqBGfIOO2VyC7cfxuw-l3hKb1qeyxsEy0uop3JxNTMhVvPeFDqJY3d_DXxXkz_eobkNEGnXfW8MmrC1sk/s1600/wellness+coach.jpg)
SIAPA WELLNESS COACH NI?
WELLNESS COACH atau JURULATIH KESIHATAN merupakan seseorang yang bertanggungjawab untuk membantu mereka yang ingin membuat perubahan dari segi gaya hidup mereka untuk memaksimumkan tahap kesihatan mereka. Mereka membantu klien dari segi memberi dan mencadangkan motivasi dan bahan yang dapat membantu klien mencapai matlamat kesihatan tubuh badan dan emosi mereka. Antara matlamat tersebut ialah:
- Kurangkan berat badan
- Makan dengan cara yang sihat
- Berhenti merokok
- Kurangkan tekanan
MEREKA NI PENTING KE?
Seperti pentingnya seorang guru kepada murid-muridnya, begitulah juga dengan pentingnya jurulatih kesihatan ini kepada masyarakat. Tanpa jurulatih kesihatan, masyarakat tidak akan didedahkan dan dibimbing tentang gaya hidup sihat dan aktif. Sebagaimana pentingnya gaya hidup sihat dan aktif, begitulah pentingnya jurulatih kesihatan kerana mereka ialah pembawa misi penting untuk menyebarkan gaya hidup sihat dan aktif ini kepada masyarakat.
Kemudian, timbul pula soalan, "Kenapa gaya hidup sihat dan aktif ni penting?" Jawapannya mudah sahaja. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif ni, hidup masyarakat lebih sejahtera dan tahap kesihatan terjamin. Masyarakat bebas daripada penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.Semua orang inginkan hidup yang sihat dan sejahtera kan? Tiada yang lebih bermakna selain daripada dapat menikmati kehidupan yang sementara ini tanpa sebarang masalah samaada dari segi kesihatan mahupun wang ringgit. Untuk itu, mereka perlukan jurulatih kesihatan untuk menunjukkan jalan kepada mereka ke arah kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.
PERSONAL WELLNESS COACH TU SIAPA PULA?
Personal Wellness Coach atau Jurulatih Kesihatan Peribadi ni pula ialah jurulatih kesihatan yang menyediakan servis bimbingan yang berfokus individu atau secara peribadi kepada klien-klien mereka. Servis bimbingan peribadi yang disediakan kebiasaannya termasuklah:
- Personalized Wellness Coaching
- Personalized Diet Plan
- Personalized Exercise Plan
- Nutrition Workshop
- Follow Up Services
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiae3AqQ12q7afhU65SETgg0rnjrDm_mfhGJqLXVGKzjYx4a8cyNV-ocbWF3Luby5I7O-XWkZHUp6wYoYOd2HEArK7JCPq6rajt4l3geghINTlOWfP8KBSywKNxwtJWea2hgD7Jf2NuIwA/s320/ACTIF.jpg)
memfokuskan kepada mereka yang benar-benar serius ingin capai matlamat kesihatan mereka dalam jangka masa tertentu seperti bakal pengantin dan mereka yang ingin tampil lebih sihat dan bergaya untuk Hari Raya Aidilfitri. Servis bimbingan peribadi ini lebih berkesan berbanding servis bimbingan secara berkumpulan kerana fokus dan tumpuan yang lebih diberikan kepada klien sehinggalah klien capai matlamat yang mereka inginkan.
Kesimpulannya, sekiranya anda perlukan seorang jurulatih untuk memantau tahap kesihatan dan gaya hidup anda secara berterusan, maka anda lantiklah seorang jurulatih kesihatan peribadi untuk diri anda. Sekiranya anda ingin mengubah gaya hidup anda dan tingkatkan tahap kesihatan anda tetapi anda rasa anda tak perlukan seorang jurulatih untuk pantau anda, anda boleh la mengikuti seminar-seminar anjuran jurulatih kesihatan yang diadakan secara berkumpulan atau anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat dan bimbingan yang diperlukan di website mahupun page milik jurulatih kesihatan yang anda percaya di internet.
ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA YANG PERLUKAN JURULATIH PERIBADI??
JADI APA ANDA TUNGGU LAGI??
Lantik Jurulatih Kesihatan Peribadi Anda Sekarang!
Hubungi saya di 01119495947
Lots of Love,
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-pmqiwoMp-VQscdxGfC2iDrEIiGsR7BsAsBErAlmLSFje2mCx95tkGr-p2wJG-4Fjd67DvYt5ErV0Jq_w2bnaRDkbl4pnsCkrMIllvzI5QK0eTZjYXsPrj8oGxCdyki-zvkALr03tBho/s1600/signature.png)