WHO AM I?

 WELCOME!

     Assalamualaikum semua! Saya Afifah Nabilah, boleh panggil Afifah. Saya merupakan seorang Jurulatih Kesihatan Peribadi merangkap Ahli Bebas Herbalife.

     Misi utama saya adalah untuk menyebarkan gaya hidup aktif dan sihat kepada seluruh rakyat Malaysia. Wujudnya saya di sini adalah untuk membantu anda semua mengubah gaya hidup anda kepada gaya hidup aktif dan sihat. Di sini juga akan saya coretkan tips & tricks juga perjalanan hidup saya sendiri ke arah gaya hidup aktif dan sihat.

     Saya berasal dari Besut, Terengganu dan kini sedang menuntut sebagai pelajar tahun 3 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak KL. Oleh yang demikian, most of the time, saya akan berada di Kuala Lumpur berbanding di Terengganu.

THE STORY BEGINS...

     Saya dilahirkan dalam satu keluarga yang sederhana tetapi penuh dengan sifat-sifat tradisional dan kampung. Sejak kecil lagi kami diajar untuk makan, makan dan makan. Tambah-tambah lagi, setiap masakan ibu ialah masakan melayu tradisional dan masakan kampung. Oleh kerana Besut merupakan daerah yang paling dekat dengan Kelantan, maka, cara masakan kami pun lebih kurang sama dengan orang Kelantan yang mana hampir kesemua jenis masakan mesti rasa manis. Jadi, saya yang dah diajar untuk sentiasa makan ini semakin hari semakin membesar. Ye. Saya gemuk sejak saya kecil lagi. Saya habis sekolah rendah (Darjah 6) dengan berat 68 kg. Berat gila ok!

         

    Ketika Tingkatan 1, berat saya terus meningkat naik hingga 75 kg! Sehinggakan saya kena kuarantin dengan pakar dietetik di hospital kerajaan kerana terlampau gemuk! Namun, ketika itu, saya langsung tak ambil kisah tentang fizikal saya. Walaupun saya selalu pergi berjumpa dengan pakar dietetik tu, langsung tidak ada apa-apa perubahan. Bulan berganti bulan. Sampai satu tahap tu, mak saya cakap,"Tak payah pergi dah la temu janji tu. Takde apa-apa perubahan pun. Buang masa." Then, saya stop jumpa pakar dietetik tu.

         

    Masuk Tingkatan 3, berat saya mencecah 80kg. Ketika itu, sayalah pelajar yang paling besar di sekolah tu. Sedihkan? Ketika itu, orang selalu ejek saya macam-macam. Dalam hati saya memang nak sangat kurus. Namun apakan daya, nafsu makan tak pernah surut. Huhu.

         

    Ketika Tingkatan 4 berat saya naik sehingga 82 kg. Seterusnya tamat tingkatan 5 dengan berat 84 kg. Ketika buat medical check up untuk masuk UIAM, berat saya sudah mencecah 86 kg. Tapi ketika itu, dalam hati still lagi duk cakap, "Takpe Takpe. Ada orang lain lagi gemuk dari aku." Duk perasan diri ni kurus lagi la kengkononnya. Bila dah masuk semester 2 di Pusat Asasi UIAM (CFS), saya mula ambil tahu tentang nutrisi dan exercise yang berkesan. saya mula ke Gym, Jogging dan pergi Zumba class. Tapi semua tu hanyalah bersifat sementara, Iman ini tak kuat, hati ini mudah mengalah. Ketika semester 3 di CFS, sahabat saya merangkap sponsor dan coach saya sekarang, Coach Yaya, mengajak saya cuba produk Herbalife. Saya reject tawaran dia. Diri ini masih belum sanggup untuk berubah.

         

    Ketika tamat CFS, saya dapati berat saya masih lagi di tahap 85 kg dan kesemua gambar kenangan ketika di CFS nampak kurang cantik kerana badan yang terlampau gemuk dan besar. Ketika sedang cuti menunggu masuk degree, saya membuat keputusan untuk mencuba Herbalife. Saya mula mengambil nutrisi Herbalife sebagai makanan gantian di sambing buat sedikit senaman setiap hari.

    Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Hasil yang saya dapat masih kurang memuaskan. Berat hanya turun beberapa kg. Saya buntu. Mungkin sebab saya tak serius ubah gaya hidup saya. Ketika itu saya hanyalah ingin makan produk, diet dan kurus. Tapi sayangnya, tak kurus-kurus. Berat turun. Tapi sikit je. Lebih kurang 500 gram - 1 kg je setiap bulan. Tiba-tiba, selepas tamat tahun 1 degree, berat saya susut sebanyak 5kg sebulan. berat ketika itu ialah 76 kg.


    Saya mula berasa senang hati. Gaya hidup masih belum diubah. Maka, berat naik kembali menjadi 82. Ketika berat cecah 80kg kembali, saya mula serius makan herbalife dan ubah gaya hidup saya. Alhamdulillah. Dalam tempoh sebulan saya berjaya turunkan 10kg. Sekarang masih lagi dalam prosess untuk dapatkan berat ideal. Who's brave enough to join me in my healthy active lifestyle journey??!!



Recent Posts

Labels